- Lain-lain
慈善信托产品规模逼近9亿 助力扶贫慈善信托优势多多
![]() |
Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China dan Parlimen Persekutuan Switzerland perlu mengukuhkan komunikasi dan kolaborasi dalam platform pelbagai hala seperti Kesatuan Antara Parlimen (IPU).
Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC Zhao Leji yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Switzerland bermula 28 Julai.
Semasa pertemuan secara berasingan dengan Presiden Majlis Kebangsaan Maja Riniker dan Presiden Majlis Negara Andrea Caroni, Zhao berkata hubungan antara NPC dan Parlimen Persekutuan Switzerland telah terjalin sejak sekian lama dan memberi sumbangan positif kepada perkembangan hubungan dua negara.
Zhao turut menyarankan agar kedua-dua pihak mempertingkat pertukaran antara badan perundangan, berkongsi pengalaman dalam kerja perundangan dan penyeliaan, serta menggubal, menyemak dan meluluskan dokumen undang-undang yang menyokong kerjasama dua hala tepat pada masanya.