- Lain-lain
车讯:全新CX-5/CX-3 长安马自达新车计划曝光
Pekan Gucun di daerah Baoshan, Shanghai, adalah hab kepada industri pembuatan robot dan merupakan rumah kepada Taman Industri Robotik Shanghai.
Menurut Zhang Ying, pengurus besar Taman Industri Robotik Shanghai, taman itu mengeluarkan satu persembilan daripada output keseluruhan negara dan satu pertiga output keseluruhan Shanghai.
Fasa ketiga Syarikat Shanghai Fanuc Robotics yang terletak di dalam taman itu, merupakan pangkalan pembuatan robot Fanuc terbesar yang terletak di luar Jepun.
Foto memperlihatkan pusat pengalaman pengeluaran pintar Syarikat Shanghai Fanuc Robotics di Taman Industri Robotik Shanghai, daerah Baoshan, Shanghai. (Foto ihsan pejabat maklumat daerah Baoshan)
Pusat pengalaman pembuatan pintar syarikat itu memperlihatkan suasana yang futuristik; menyaksikan kenderaan dipasang dengan tepat dan cekap, proses pemuatan dan penghantaran dilakukan secara lancar, dan pemeriksaan visual pintar dilaksanakan dengan penuh terperinci. Lebih daripada 50 robot yang direka untuk pelbagai industri dan proses pengeluaran pula beroperasi dalam pengkoordinatan yang sempurna.
Dengan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RMB1.58 bilion (sekitar AS$221 juta) dan keluasan sehingga 300,000 meter persegi, kilang tersebut tertegak sebagai simbol pengeluaran pintar. Misalnya, barisan pengeluaran logam kepingannya pula mempunyai kadar automasi lebih daripada 95 peratus.
Wartawan bergambar di hadapan Taman Industri Robotik Shanghai, daerah Baoshan, Shanghai. (People’s Daily Online/Gu Haimin)
Nilai output industri keseluruhan taman itu bertumbuh daripada RMB17 bilion pada 2020 kepada RMB25.87 bilion pada 2024. Pada 2024, ia menempatkan lebih daripada 270 perniagaan yang berkaitan, iaitu mencakupi lebih daripada 80 peratus daripada semua perusahaan di taman itu dan membentuk satu rantai industri yang lengkap.
Foto memperlihatkan pemandangan sudut udara Taman Industri Robotik Shanghai, daerah Baoshan, Shanghai. (Foto ihsan Taman Industri Robotik Shanghai)
Pada tahun-tahun mutakhir ini, pembuatan pintar telah menyaksikan pertumbuhan yang kuat di Shanghai. Pada 2023, nilai output dalam sektor integrasi sistem pembuatan pintar Shanghai telah melampaui RMB60 bilion, manakala industri peralatan pembuatan pintar pula melebihi RMB100 bilion.
- China Anjurkan Perlawanan Bola Sepak Robot AI Pertama
- Teknologi Tinggi Dipamerkan Semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-9 di Kunming
- Shanghai Anjur Pertandingan Kemahiran Robot Humanoid Antarabangsa 2025
- Anjing Robotik Kini Jadi Kebiasaan Dalam Kehidupan Harian Rakyat China
- Beijing Jadi Tuan Rumah Sukan Robot Manusia Pertama di Dunia
- Robot, Manusia Berluma dalam Separuh Maraton di Beijing
- Peranti ‘Robot Pembantu Berjalan’ Sasar Pasaran Warga Emas
- China Perkenal Robot Perlombongan Angkasa Lepas Pertama
- Robot Manusia China Ambil Alih Kerja Kilang, Rumah, Separa Maraton
- Robot Manusia ‘CASBOT 01’ Diperkenal Menerusi Penstriman Langsung di Beijing